Dalam beberapa bulan terakhir, banyak orang kita telah menerima pesanan berantai atau membaca maklumat mengenai kisah seorang doktor Sri Lanka bernama Cynthia Jayasuriya yang telah sembuh dari penyakit kanser. Khasiat ubi kayu untuk kanser selalu menjadi nomber satu dilaman web dan channel youtube diberbagai negara.
Dalam Mesej Berantai Kelihatan Seperti Ini :
Ubat Magic Khasiat Ubi Kayu Untuk Kanser Oleh Dr. Cynthia Jayasuriya
Ini pengalaman saya sendiri, sembuh dari kanser dengan ubi kayu. Semoga pengalaman ini bermanfaat untuk ramai orang. Saya mengidap kanser pundi kencing tahap 2, setelah tujuh tahun mengidap kanser di uretra. Ginjal, uretra dan sebahagian dari pundi kencing telah dikeluarkan. Setelah itu saya menjalani radiasi di bahagian perut.
Saya berasa sihat selama tujuh tahun berkat khasiat ubi kayu untuk kanser. Saya menjalani pemeriksaan rutin setiap tahun. Pada tahun ke tujuh itu, ada darah dalam urine saya yang ternyata disebabkan oleh merebaknya lagi sel kanser di pundi kencing. Kanser baru itupun dikeluarkan lagi. Tapi bagaimana kalau kanser itu merebak lagi?
Dari internet saya menemukan informasi tentang penggunaan biji aprikot untuk pengubatan dan pencegahan kanser. Seorang doktor dari Inggris menemukan kandungan vitamin B17 dalam biji aprikot. Kerana di Sri Lanka biji aprikot sukar diperoleh dan walaupun ada harganya yang sangat mahal, saya pun mencari tahu lebih banyak jenis makanan rutin kami yang mengandung vitamin B17. Ternyata vitamin B17 ada dalam ubi kayu .
Sejak itu saya memutuskan untuk makan ubi kayu dengan kerap. Saya makan ubi kayu 10 gram tiga kali sehari. Setelah memakannya selama 1 bulan, saya melakukan pemeriksaan pundi kencing yang dilakukan oleh doktor yang merawat kanser saya. Beliau terkejut kerana pundi kencing saya benar-benar bersih dan normal. Selama makan ubi kayu , saya merasa sangat fit dan orang lainpun melihat saya sangat sihat. Setelah itu setiap tiga bulan saya periksa dan hasilnya tetap bersih. Sejak itu saya hanya makan ubi kayu dan tidak menjalani pengubatan lain.
Khasiat Ubi Kayu Untuk Kanser Sudahkah Terbukti ?
Jika kita melihat perenggan kedua dari pesanan berantai tersebut, maka kita akan mengetahui bahawa kanser pada ginjal uretra dan sebahagian dari pundi kencing Dr. Cynthia Jayasuriya telah dikeluarkan oleh dokter pakar. Selama 7 tahun juga dia kerap melakukan penyinaran radiasi dan juga melakukan pemeriksaan rutin. Pada tahun ke tujuh itu, ada darah dalam urine yang ternyata disebabkan oleh merebaknya lagi sel kanser di pundi kencing. Kanser baru itupun dikeluarkan lagi. Karena alasan itulah beliau mencari tahu cara pencegahan yang mungkin.
Dari ayat ini kita dapat menyimpulkan bahawa kanser Dr. Cynthia Jayasuriya sebenarnya telah pulih sepenuhnya dengan kaedah pembedahan dan sinar radiasi. Tetapi kerana takut kanser pundi kencing ini akan muncul semula, diapun mencari jalan untuk mencegahnya. Setelah lama dalam pencarian laman web akhirnya dia jatuh hati pada ubi kayu karena ubi kayu dan aprikot sama-sama mengandung vitamin B 17.
Walaupun ubi kayu dialu-alukan sebagai penawar kanser prostat dan pundi kencing, ia tidak disokong oleh bukti saintifik yang jelas. Bukan hanya tidak ada bukti keberkesanan dan keselamatannya, ubi kayu bahkan dapat berbahaya jika dikonsumsi secara berlebihan menurut laporan perubatan. Laporan itu menyatakan tuntutan bahawa manfaat ubi kayu dapat merawat kanser kerana kandungan jenis glukosida linamarin dan lotaustralin, yang kemudiannya mencetuskan pengeluaran vitamin B17 atau amigdaline. Vitamin B17 didakwa membunuh sel kanser. Terlepas dari tuntutan ini, sebuah pasosiasi kanker yang terkenal menyatakan bahawa tidak ada bukti saintifik yang cukup bahawa ubi kayu berkesan untuk mencegah atau merawat kanser. Laporan lain juga menunjukkan bahawa serum PSA (Prostate Specific Antigen) yang tinggi pada penderita kanser prostat tidak mengalami peningkatan. Oleh itu, manfaat ubi kayu untuk kanser masih tidak boleh dipercayai.
Ubi kayu juga mengandung karbohidrat sebagai penyokong tenaga sehingga pesakit kanser terlihat sihat dan bersemangat. Ada banyak faedah lain yang perlu diketahui tentang ubi kayu sehingga kita semakin gemar memakannya. Sebagai contoh, ia mengandungi vitamin B kompleks yang merangkumi vitamin B17, vitamin B6, tiamin, asid pantotenik, asid folik, dan riboflavin. Manfaat vitamin ini adalah untuk membantu pembentukan sel darah merah, melindungi sel saraf, membantu proses metabolik, dan meningkatkan fungsi otak.
Sampai disini boleh difahami ya teman-teman? semakin majunya teknologi membuat kita semua dengan mudah mendapatkan berbagai akses di belahan dunia ini termasuk masalah kesihatan dan perubatan. Jadilah pembaca yang bijak dan cermat akan segala sesuatunya. Jangan hanya kerana ingin cepat terbebas dari kanser, anda mencoba memakan apapun yang tengah boming di media sosial. Kita semua boleh menulis apapun dilaman web, membuat konten apapun di channel youtube dan boleh mencuba mempraktekan apapun yang kita dapati di internet.
Berkonsultasi dan berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan yang bertauliah adalah solusi terbaik untuk rawatan anda. Semoga artikel kesihatan tentang khasiat ubi kayu untuk kanser ini berfaedah untuk anda dan keluarga.