HALAL • GLOBAL ISO • BPOM
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terima kasih diatas kesudian tuan puan melayari laman web ini, diharap dengan maklumat keladi tikus penawar kanser yang dipaparkan sedikit sebanyak dapat memberi kebaikan kepada kita bersama. Hanya yang terbaik, asli dan tinggi khasiat merawat dikumpulkan di dalam setiap kapsul , ianya dihasilkan dengan sempurna menggunakan herba keladi tikus dan telah diiktiraf secara rasmi oleh BPOM. Kami De Nature Indonesia akan terus berusaha untuk mengekalkan mutu serta kualiti bagi setiap keluaran agar kita semua dapat memanfaatkan sepenuhnya kebaikan serta khasiat berganda yang terkandung pada herba keladi tikus ini.
Penggunaan herba Keladi tikus bersama dengan rawatan moden hari ini telah berjaya menyembuhkan ramai pesakit kanser, walaupun pada tahap 4. Email di bawah adalah salah seorang daripada mereka yang telah berjaya sembuh dengan herba Keladi tikus penawar kanser (kanser perut dan buah pinggang)
Keladi Tikus Ubat Kanser (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)
Makluman: Setiap data di dalam laman web ini merupakan fakta yang memiliki rujukan.
Keladi Tikus Ubat Kanser
Keladi Tikus atau nama saintifiknyaTyphonium Flagelliforme adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai komponen aktif bagi merawat kanser serta beberapa jenis penyakit lain seperti luka, lebam, batuk, kanser paru-paru serta pendarahan dalaman. Sinonim dengan penyakit kanser, tumbuhan ini juga dikenali dengan nama Rodent Tuber dalam bahasa Inggeris, atau Laoshu yu dalam bahasa Cina. Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan bertarikh 17/8/1998 menunjukkan bahawa, keladi tikus penawar kanser mempunyai komponen yang bukan sekadar merawat, tetapi ianya juga mampu mencegah sel kanser daripada terus merebak.
Kajian Makmal
Khasiat Keladi Tikus Penawar Kanser Pertama diuji oleh Prof. Dr. Chris K.H Teo di Penang, Malaysia pada tahun 1995. Beliau adalah Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia ( USM ). Dr Teo berkata bahwa keladi tikus penawar kanser dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolonganya untuk membiakan tumbuhan ini yang dipercayai bisa menyembuhkan penyakit. Sejak itu, Beliau mengesyorkan keladi tikus penawar kanser kepada kenalanya yang menghadapi penyakit barah dan sehingga kini berjaya menolong berjuta pesakit kanser tempatan dan luar negara.
Hasil penelitian beliau berkaitan kemampuan keladi tikus penawar kanser telah diterbitkan 2hb 6 tahun 2008 yang ditulis semula dengan izin: ” Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23″ dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok Keladi Tikus telah mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi kanser untuk berkembang.
Keladi tikus merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada negara beriklim sederhana dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Keladi tikus bukanlah sejenis tumbuhan yang dikenali seperti tumbuhan yang lain, namun ianya sudah tergolong pada tumbuhan yang hampir pupus kerana tiada tindakan pemuliharaan diambil bagi mengekalkan spesis yang terancam ini. Kepupusan ini berlaku disebabkan tidak ramai yang mengetahui bahawa ianya merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan khasiat yang begitu besar, terutama keladi tikus penawar kanser dan hal ini telah dikaji oleh universiti di Malaysia, China dan Indonesia. Malah ada journal perubatan dari Australia serta India yang menerbitkan hasil kajian mereka terhadap herba yang jarang dijumpai ini.
Kajian yang dilakukan pada herba Keladi tikus merupakan kajian bergeran (No. RUGS91143)
Menunjukkan bahawa herba ini sangat penting sehingga ianya diberi kemudahan dari sudut kewangan dan fasiliti bagi mengetahui secara lebih mendalam kandungan aktif yang terdapat padanya. Hasil kajian tersebut menunjukkan ekstrak dari herba keladi tikus penawar kanser berupaya merungkai, mengecutkan, serta menghalang sel kanser dari terus membesar sehingga membawa kepada kemusnahan sel tersebut dari dalam. Penemuan ini penting bagi memberi nilai tambah atau sebagai rawatan pelengkap jika kaedah yang sedia ada menemui kegagalan. Kajian terhadap keladi tikus penawar ini telah dibuat di beberapa negara, antaranya adalah Australia, India, Malaysia serta Indonesia.
Keberkesanan Keladi Tikus Penawar Kanser
Kesan penyembuhan yang terdapat pada herba Keladi tikus sememangnya sangat mengagumkan, kandungan anti kanser yang tinggi padanya mampu membantut pertumbuhan sel kanser yang sedang dalam proses berkembang, menjadikan ianya salah satu daripada benteng pertahanan bilamana rawatan konvensional menunjukkan ketidakcekapan rawatan, selain daripada itu, Keladi tikus penawar kanser juga dapat mengurangkan kesan sampingan akibat kimoterapi seperti keguguran rambut, gigi serta kening, selain itu ia dapat mengembalikan tenaga pesakit yang hilang disebabkan oleh kesan sampingan rawatan moden sehingga 80% sekaligus dapat mengurangkan rasa mual dan keletihan yang dialami oleh pesakit semasa tempoh rawatan, hal ini sangat membantu pesakit mencapai titik positif sehinggalah mereka benar-benar sembuh daripada penyakit kanser yang dihadapi, namun begitu herba dari jenis keluarga Araceae ini sudah tidak banyak tumbuh dan agak sukar untuk ditemui.
Kajian Berskala Besar
Tidak hanya sekadar menjadi paparan pada beberapa dada akhbar, Keladi tikus juga telah melalui kajian terkawal berskala besar oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan dan juga luar negara sebagai salah satu daripada cabang rawatan kanser. Pihak universiti dan pengajian awam di Malaysia serta Indonesia juga telah melakukan analisa terhadap herba keladi tikus ini, hasilnya telah membuktikan Keladi tikus sememangnya mempunyai bahan aktif yang dapat merawat dan mencegah kanser dari terus merebak. Berikut adalah antara kajian yang telah dibuat dan telah diterbitkan melalui bentuk journal berubatan, tesis Ijazah Sarjana (Master) serta Doktor Falsafah (PhD):
Journal Perubatan
Semoga kita semua sentiasa di dalam jagaan serta rahmatNya dan dianugerahkan nikmat kesihatan yang berpanjangan, sehingga berjumpa lagi, wasslamu’alaikum dan salam sejahtera.