Bawang Putih Merawat Kanser

Terbukti Berkesan! Makan 2 Ulas Bawang Putih Mentah Dapat Cegah Kanser!
Hampir semua media sosial kongsi video berkenaan kononnya sel kanser melarikan diri apabila disua bawang putih. Maka ramai yang takjub, lantas bawang putih adalah ubat paling hebat melawan kanser. Saya teliti sebaran bawang putih merawat kanser tersebut dalam kebanyakan media sosial, versi bahasa inggeris dan versi bahasa melayu. Sebagai ahli perubatan, saya akan soal kembali, apa signifikan ujikaji bawang putih? so what? Adakah jika doktor akan suakan bawang putih kepada pesakit yang ada ketulan kanser, kanser tersebut bergerak? Contohnya kanser payudara, apabila disuakan bawang putih, ketulan kanser itu akan bergerak menjauhi dari rongga dada ke tengkuk, ke kerongkong seterusnya keluar ikut mulut? Kemudian pesakit sembuh dari kanser?

KLIK : Biotechnologi Khasiat Keladi Tikus Untuk Kanser

Lawan Kanser Itu Dengan Fakta Yang Tepat!
Bawang putih adalah salah satu makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi. Ada yang gemar makan bawang putih, kalau boleh setiap masakan perlu letak bawang putih. Ada juga yang tidak suka bawang putih kerana dikata ia boleh menyebabkan bau badan yang busuk. Tetapi adakah anda tahu bawang putih merawat kanser? Antaranya adalah kanser payudara, kanser usus, kanser hati, kanser rahim, kanser kulit dan kanser paru-paru. Jadi, adakah bawang putih mampu untuk merawat penyakit kanser ini? Mari kami kongsikan info sebenar mengenai bawang putih merawat kanser. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

  1. Bawang Putih Merawat Kanser
    Bawang putih telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahan berkhasiat dalam bawang putih dipanggil allicin dan ajoene. Allicin mempunyai sifat antikanser yang kuat khususnya antikanser payudara, prostat, usus besar, kulit, rahim, pundi kencing dan paru-paru. Caranya adalah dengan mengetuk 2 ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit, ditambah madu, air suam dan seterusnya diminum.
  2. Mencegah Penyakit Jantung
    Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit yang banyak berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia, berpunca daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Berita baik untuk penggemar bawang putih, memakan bawang putih yang mentah atau yang telah dibakar, mampu mencegah penyakit darah tinggi. Bawang putih mampu meningkatkan penghasilan nitric oxide secara tidak langsung mengembangkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah. Memakan seulas bawang putih mentah setiap hari mampu mengurangkan kemungkinan saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol yang berlebihan dan mencegah penyakit aterosklerosis.
  3. Mengubati Diabetes Secara Semulajadi
    Jika anda seorang penghidap penyakit diabetes, bawang putih mampu membantu anda. Antara khasiat bawang putih adalah mengawal kadar gula dalam darah. Di dalam satu kajian, pakar saintis telah mendapati bahawa memakan bawang putih mentah ataupun bakar mampu mencegah pesakit kencing manis daripada mendapat komplikasi diabetes.
  4. Menangani Jerawat
    Allicin dalam bawang putih didapati mampu membunuh bakteria penyebab jerawat. Bawang putih juga membantu untuk mengurangkan bengkak, keradangan dan menambah baik aliran darah. Anda boleh potong seulas bawang putih dan sapukan pada bahagian berjerawat. Jika kulit anda sensitif pada bawang putih, anda boleh cuba untuk mencairkan kekuatan bawang putih dengan air. Cincang bawang putih dan campurkan dengan satu sudu besar air dan letakkan pada jerawat untuk beberapa minit. Bersihkan dengan air dan keringkan.
  5. Khasiat Khusus Untuk Kaum Lelaki
    Prostat merupakan kelenjar penting dalam tubuh seorang lelaki. Pembengkakan kelenjar prostat sering berlaku pada lelaki yang telah berumur. Bawang putih mempunyai sifat anti keradangan mampu mengurangkan masalah pembengkakan prostat. Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai ciri anti kanser dan lelaki yang mengambil bawang putih di dalam diet harian dapat menurunkan kemungkinan menghidap kanser prostat sebanyak 50%.
  6. Meningkatkan Prestasi Atlet
    Bawang putih juga dikatakan mampu meningkatkan prestasi atlet. Kaedah ini telah dipraktikkan oleh atlet sukan olimpik sejak zaman Yunani. Bawang putih digunakan secara tradisional untuk menghilangkan keletihan. Walaubagaimanapun, tiada kajian saintifik yang berjaya membuktikan keberkesanan bawang putih dalam hal ini.
  7. Meningkatkan Imuniti
    Anda pernah makan bawang putih dan madu? Campuran ini mampu meningkatkan imuniti seseorang. Bawang putih telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu sebagai rawatan kesihatan harian. Allicin di dalam bawang putih meningkatkan tindak balas sel darah putih terhadap virus. Jika anda mengalami selsema, anda boleh makan bawang putih untuk mengurangkan simptom atau mengamalkan pengambilannya setiap hari untuk meningkatkan imuniti.

Benarkah Bawang Putih Merawat Kanser

Punca sebenar kanser sehingga hari ini tidak diketahui dengan pasti. Walau bagaimanapun, penyelidikan berterusan dan mendapat hasil iaitu terdapat makanan khas yang mempunyai khasiat yang boleh melawan kanser. Salah satunya ialah bawang putih. Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Kanser Amerika, mendedahkan bahawa bawang putih tidak mempunyai kesan sampingan apabila ia membunuh sel-sel kanser. Senyawa dalam bawang putih dipanggil diallyl disulfide dan diallyl trisulfide memberikan perlindungan terhadap karsinogen. Kedua-dua bahan kimia tersebut mempunyai sifat anti-mutagen atau pencegah kanser dengan menyekat kerosakan pada DNA sel atau merangsang badan untuk membaiki DNA yang rosak.

Walaupun begitu, kajian ini hanya dijalankan di makmal dan tidak digunakan secara langsung kepada pesakit kanser. So untuk anda yang saat in tengah menghidap kanser, tak salah memasukan bawang putih pada daftar menu diet harian anda, tapi bukan bermakna bawang putih boleh menggantikan ubat kanser yang ada ye? Pemilihan makanan adalah yang utama dalam rawatan kanser yang berjaya. Apa-apa yang baik kita amalkan, dan yang kurang faedah mari kita tinggalkan.

Bawang Putih Merawat Kanser

Ketahui Cara Merawat Kanser Sepenuhnya
Kanser disebabkan oleh faktor persekitaran dan faktor generik. Faktor persekitaran termasuk pelbagai jenis virus, bahan kimia, sinaran mengion dan ultraviolet. Kebanyakan faktor persekitaran ini mempunyai sifat yang sama iaitu merosakkan DNA sehingga mengakibatkan kerosakan gen. Tubuh memang mempunyai proses dan mekanisme semula jadi untuk membaiki gen sel yang rosak. Walau bagaimanapun, apabila proses ini gagal, kerosakan boleh menjadi teruk dan membawa kepada pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Faktor persekitaran yang dinyatakan di atas berpotensi menghalang tubuh daripada membaiki sel yang rosak. Faktor genetik kejadian kanser boleh dilihat daripada kewujudan sebuah keluarga besar dengan ahli keluarga yang dalam beberapa generasi menghidapi kanser pada usia muda. Faktor genetik dengan faktor persekitaran berinteraksi untuk menyebabkan kanser.

Apakah Tanda-Tanda Kanser?
Jenis kanser yang berbeza-beza sangat menentukan gejala yang akan muncul dan komplikasi yang mungkin dialami oleh pesakit. Namun, kebiasaannya pesakit kanser akan mengalami simptom berikut:

  1. Lemah, mudah letih, pucat
  2. Loya, selera makan berkurangan
  3. Batuk kronik atau sakit dada (dalam kanser paru-paru)
  4. Ketulan muncul (mengikut asal usul kanser)
  5. Sakit di bahagian badan (disebabkan pertumbuhan kanser atau penindasan oleh kanser)
  6. Gangguan usus dan pundi kencing (untuk kanser saluran gastrousus dan alat kelamin)
  7. Demam berterusan (akibat jangkitan atau kanser)
  8. Pendarahan secara tiba-tiba (dalam kanser paru-paru, kanser gastrousus, kanser alat kelamin)
  9. Lebam dan pendarahan (kanser darah)

Apakah Kaedah Rawatan Untuk Pesakit Kanser?
Perlu diingat bahawa gejala di atas bukanlah mutlak, sama ada gejala ini muncul atau tidak bergantung kepada jenis kanser, keadaan pesakit, dan tahap kronik kanser yang dialami oleh pesakit. Kaedah rawatan kanser mestilah dijalankan secara holistik dan perlu mengambil kira aspek sosial, rohani, dan perubatan, agar penghidap kanser mendapat sokongan yang maksimum. Kaedah rawatan ini boleh diberikan secara bersendirian atau digabungkan mengikut jenis kanser, keadaan pesakit dan peringkat kanser. Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk merawat kanser.
• Operasi
• Kemoterapi
• Radioterapi
• Imunoterapi
• Terapi hormon
• Terapi sasaran
• Terapi Herba

Orang yang mempunyai sejarah kanser dalam keluarga perlu segera berjumpa doktor untuk menilai risiko kanser mereka dan menjalani saringan dan pemeriksaan berkala dengan doktor. Sebagai contoh, seorang perokok yang ahli keluarganya menghidap kanser paru-paru sudah tentu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser. Pesakit yang mempunyai aduan ketulan, atau simptom kanser perlu berjumpa doktor untuk berunding tentang penyakit tersebut.

Pesakit kanser yang sedang dirawat oleh pakar kanser perlu menjalani pemeriksaan berkala untuk melihat sama ada rawatan yang diberikan berkesan dan sama ada kesan sampingan berlaku. Sekiranya telah disahkan sembuh daripada kanser, pesakit masih perlu memeriksa keadaannya kepada doktor secara berkala bagi memastikan kanser tidak berulang. Sekian entry saya mengenai bawang putih merawat kanser. Untuk mencegah kanser, mulakan mengamalkan gaya hidup sihat seawal mungkin dengan makan makanan berkhasiat, mengawal pola makan dan tidur, kerap bersenam, dan menjauhi bahaya merokok dan alkohol. Mari kita sambut masa depan yang lebih baik bersama-sama DeNature.

Bagikan ke

Bawang Putih Merawat Kanser

Komentar

Saat ini belum tersedia komentar.

Mohon maaf, form komentar dinonaktifkan pada halaman/artikel ini.
error: Content is protected !!