Keladi Tikus (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)
Keladi Tikus atau nama saintifiknya; Typhonium flagelliforme adalah sejenis tumbuhan yang kurang dikenali di Malaysia. Sebelum wujudnya teknologi perkongsian melalui laman sesawang seperti hari ini, berita mengenai kemampuan herba keladi ini sudah pun diterbitkan oleh beberapa akhbar tempatan, sebelum itu, herba ini cukup terkenal di Filipina dan juga India, malah terdapat kajian yang dijalankan di Australia berkaitan dengan herba typhonium ini, dan antara tesis hasil kajian terawal herba keladi tikus ini telah pun digunakan sebagai rujukan utama di beberapa pusat pengajian tinggi awam negara, seperti di UPM dan USM, hal ini menunjukkan bahawa herba typhonium bukanlah sekadar tumbuhan semak biasa namun ianya juga dapat dijadikan sebagai salah satu kaedah merawat kanser yang berpotensi menyelamatkan nyawa
Keladi Tikus Mempunyai Kmponen Aktif Bagi Merawat Kanser serta beberapa jenis penyakit lain seperti luka, lebam, batuk, radang paru-paru serta pendarahan dalaman. Terdapat beberapa penulisan yang membahaskan tentang keupayaan yang ada pada typhonium, baik dari sudut negatif mahupun positif. Sinonim dengan penyakit kanser, tumbuhan ini yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber dalam bahasa Inggeris, atau Laoshu yu dalam bahasa Cina ini telah mula menarik perhatian pengamal perubatan alternatif dan mereka yang mencari kaedah rawatan berasaskan herba untuk meminimakan kesan sampingan hasil daripada rawatan yang lain. Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan bertarikh 17/8/1998 menunjukkan bahawa, typhonium mempunyai komponen yang bukan sekadar merawat, tetapi ianya juga mampu mencegah sel kanser daripada terus merebak.
Apabila mencapai tahap matang, Keladi Tikus yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber, Tu Ban Xia atau Lao Shu Yu ini akan berbunga. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm, Keladi Tikus biasanya tumbuh di dalam habitat lembap yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Berdaun hijau terang, bulat dan hujung runcing berbentuk seperti daun sirih, ianya boleh dijumpai di sekitar asia tenggara dan biasanya tumbuh di kawasan hutan dara berpaya yang mempunyai tahap kelembapan (humidity) tinggi serta jauh daripada capaian manusia. Herba Keladi tikus adalah sejenis tumbuhan asli yang jarang dijumpai pada kawasan yang bertanah kering dan tidak akan membesar kecuali pada tanah yang lembab dan bewarna gelap.
REF : UBI KAYU PENAWAR KANSER…APA KATA PAKAR
Kajian Makmal
Sebuah artikel, hasil penelitian Universiti Sains Malaysia (USM) berkaitan kemampuan Keladi Tikus melawan sel kanser bertarikh 2/6/2008 telah diterbitkan, yang ditulis semula, dengan izin: ” Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23..” dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok typhonium telah mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi kanser untuk berkembang. Pengguna dinasihatkan supaya mengenali herbatyphonium dengan lebih terperinci sebelum menggunakannya, ini kerana, dikhuatiri jika tersalah pilih, akan mendapatkan keladi yang beracun, ini kerana pokok herba typhonium yang tumbuh di Malaysia ini mempunyai lebih dari 60 jenis keladi lagi yang telah berjaya direkodkan dari cross species yang hampir sama yang tumbuh meliar di Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Thailand, New Guinea dan pada beberapa buah negara lagi, oleh itu, pengalaman serta penelitian adalah sangat penting bagi memastikan ianya adalah datang dari spesis Araceae yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan.
Keladi tikus, tidak seperti tumbuhan liar yang lain, adalah sebuah nama yang sangat terpencil dan kurang dikenali ramai, namun ianya amat dikenali oleh pengamal perubatan herba dan mereka yang terlibat di dalam kajian anti kanser berasaskan tumbuh-tumbuhan sebagai salah satu herba yang membolehkan pesakit kanser menarik nafas lega. Kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti awam tempatan telah membuktikan perencatan pertumbuhan sel kanser yang disatukan dengan ekstrak typhonium, dimana umum mengetahui bahawa kanser adalah sejenis penyakit yang bukan mudah untuk dirawat, penemuan secara tidak langsung ini telah membuka satu lagi jalan sebagai akses rawatan kepada permasalahan kanser. Kehadiran beberapa komponen aktif pada keseluruhan pokok keladi tikus ini, terutamanya Ribosome-inactivating proteins yang juga dikenali secara ringkasnya sebagai RIP telah menjadi faktor utama bagi kematian sel kanser secara semulajadi.
Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit ringan hingga kronik, termasuklah kanser. Terdapat beberapa kajian serta tesis lengkap telah dibuat terhadap herba ini serta penggunaannya, terutamanya pada rantau asia tenggara telah terbukti amat berkesan bagi mengubati beberapa jenis penyakit kronik. Mengikut data yang dibuat di UPM Serdang, herba Keladi tikus yang telah matang (2-6 bulan: rujuk tesis UPM Serdang) mempunyai beberapa komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah serta merawat kanser, rentetan daripada itu ada yang datang daripada luar negara seperti New Zealand, Filipina, Amerika Syarikat serta Australia bagi mendapatkan herba yang jarang didapati ini untuk mengubati kanser yang dihadapi.
Fungsi Penggunaan Herba Keladi Tikus Bagi Merawat Pelbagai Jenis Kanser
Ini berikutan dengan hasil daripada tindak balas Ribosome inactivating proteins yang merupakan sejenis mekanisma pertahanan semulajadi keladi tikus yang turut berfungsi sebagai pemusnah utama sel kanser – terutamanya tumor, dan proses ini akan mewujudkan sejenis tindakbalas toksin yang dikenali dengan nama Immunotoxin, sejenis pecahan protin toksin yang mampu menurunkan kadar keaktifan sesebuah sel kanser, membantut perkembangan, merencatkan pertumbuhan dari dalam sehingga sel tersebut mati, Immunotoxins mampu menembusi tumor secara cepat walaupun kemasukkan kedalam tumor yang berbentuk pepejal (entry into tumor cell) oleh benda asing adalah terhad, kajian serta siri kejayaan penyembuhan ini telah dibuat dan direkodkan oleh National Cancer Institute (rujukan – rujuk pada bahagian Summary and Conclusions, m/s 11).
Sebuah journal yang telah dikeluarkan oleh J. Pharm (India) berkaitan dengan herba keladi tikus dan aktiviti sitotosiknya dalam menghalang ketumbuhan sel kanser
Kajian Berskala Besar
Tidak hanya sekadar menjadi paparan pada beberapa dada akhbar, Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) juga telah melalui kajian terkawal (controlled studies) berskala besar oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan dan juga luar negara sebagai salah satu daripada cabang rawatan kanser, ianya juga telah diakui oleh seorang penulis journal perubatan berasaskan tumbuhan dari Australia, Cheryll Williams di dalam bukunya: Medicinal Plants In Australia Volume 3: Plants, Potions and Poisons yang menyatakan bahawa; Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) mempunyai sifat anti kanser, mampu merawat asma serta batuk (rujukan). Pihak universiti dan pengajian awam di Malaysia serta Indonesia juga telah melakukan analisa terhadap herba keladi tikus ini, hasilnya telah membuktikan Keladi tikus sememangnya mempunyai bahan aktif yang dapat merawat dan mencegah kanser dari terus merebak.
Penggunaan herba Keladi tikus bersama dengan rawatan moden hari ini telah berjaya menyembuhkan ramai pesakit kanser, walaupun pada tahap 4. Email di atas adalah salah seorang daripada mereka yang telah berjaya sembuh dengan herba Keladi tikus (kanser perut dan buah pinggang)
Statistik Kanser Di Malaysia
Mengikut data yang dikeluarkan oleh GlobalCan yang berpangkalan di Perancis, pada tahun 2012, sebanyak 37,400 rakyat Malaysia telah didiagnos dengan pelbagai jenis kanser, dan 21,700 telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang merbahaya ini. Statistik ini merupakan peningkatan daripada 32,000 kes pada tahun 2008 dan angka ini dijangka akan meningkat kepada 56,932 kes baru pada tahun 2025 jika tiada tindakan diambil. Jumlah kematian pula dilihat hampir mencapai 56% daripada jumlah keseluruhan kes. Disebabkan oleh itu, pendedahan terhadap bahayanya kanser perlu diberi penekanan yang serius, pencegahan, diagnosis pada peringkat awal serta penggunaan herba yang mampu merawat kanser adalah perlu dijadikan rawatan pelengkap bagi rawatan yang sedia ada, walaupun ada yang menyatakan kaedah biasa sahaja sudah mencukupi, namun statistik kematian menunjukkan sebaliknya.
Keladi Tikus: Kebaikan Yang Tersembunyi
Kajian yang dilakukan pada herba Keladi tikus merupakan kajian bergeran (No. RUGS91143) yang menunjukkan bahawa herba ini sangat penting sehingga ianya diberi kemudahan dari sudut kewangan dan fasiliti bagi mengetahui secara lebih mendalam kandungan aktif yang terdapat padanya. Hasil kajian tersebut menunjukkan ekstrak dari herba keladi tikus berupaya merungkai, mengecutkan, serta menghalang sel kanser dari terus membesar sehingga membawa kepada kemusnahan sel tersebut dari dalam. Penemuan ini penting bagi memberi nilai tambah atau sebagai rawatan pelengkap jika kaedah yang sedia ada menemui kegagalan. Kajian terhadap keladi tikus ini telah dibuat di beberapa negara, antaranya adalah Australia, India, Malaysia serta Indonesia.
Keberkesanan Keladi Tikus Sebagai Ubat Kanser
Kesan penyembuhan yang terdapat pada herba Keladi tikus sememangnya sangat mengagumkan, kandungan anti kanser yang tinggi padanya mampu membantut pertumbuhan sel kanser yang sedang dalam proses berkembang, menjadikan ianya salah satu daripada benteng pertahanan bilamana rawatan konvensional menunjukkan ketidakcekapan rawatan, selain daripada itu, Keladi tikus juga dapat mengurangkan kesan sampingan akibat kimoterapi seperti keguguran rambut, gigi serta kening, selain itu ia dapat mengembalikan tenaga pesakit yang hilang disebabkan oleh kesan sampingan rawatan moden sehingga 80% sekaligus dapat mengurangkan rasa mual dan keletihan yang dialami oleh pesakit semasa tempoh rawatan, hal ini sangat membantu pesakit mencapai titik positif sehinggalah mereka benar-benar sembuh daripada penyakit kanser yang dihadapi.
TYPHOGELL Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta ZIIRZAK Plus Asli Daun Sirsak Belanda. Dapatkan melalui Wasap +6282111771133 atau Offiicial Shopee Asli De Nature pakarherbalcom . Pengeposan Seluruh Malaysia. Dengan satu klik ubat kanser boleh sampai rumah anda kurang dari 3 hari.
Bagikan informasi tentang Keladi Tikus Ubat Kanser Terbukti Diakui Ujian Makmal Yang Sah kepada teman atau kerabat Anda.