Kanser Kerongkong

Kanser Kerongkong Dikenali Masyarakat Luas Sebagai Kanser Tekak ( Throat Cancer )
Tonsil tekak anda selalu sakit? Jangan ambil mudah kerana ia mungkin disebabkan kanser kerongkong. Kanser ini merujuk kepada tumor yang kerap berlaku di sel-sel rata yang berada di bahagian dalam tekak,berkembang di tekak, kotak suara atau tonsil. Tekak merupakan tiub otot yang bermula di belakang hidung dan berakhir di leher anda. Kotak suara pula terletak tepat di bawah kerongkong anda dan ia juga berkemungkinan untuk terdedah kepada kanser tekak. Kotak suara terdiri daripada tulang rawan dan mengandungi kord vokal. Kord vokal berfungsi dengan menghasilkan getaran untuk mengeluarkan bunyi apabila anda bercakap. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan tulang rawanyang berfungsi sebagai penutup bagi laluan angin di trakea anda. Satu lagi bentuk ialah kanser tonsil berisiko untuk menjejaskan tonsil yang terletak di bahagian belakang tekak anda. Jom teruskan pembacaan bagi mengetahui info lengkap mengenai kanser ini di sini.

KLIK : Tumbuhan Keladi Tikus Ubat Penawar Kanser Kronik

Jenis Kanser Kerongkong

Semua jenis kanser ini melibatkan perkembangan dan pertumbuhan sel-sel yang tidak normal, oleh itu anda harus mengenal pasti jenis yang anda alami untuk menentukan pelan rawatan yang paling berkesan. Dua kategori kanser ini adalah:

  1. Kanser Pharynx. Kanser ini terbentuk di dalam pharynx, iaitu tiub berongga yang berada dari belakang hidung hingga ke bahagian atas tekak anda. Kanser pharynx yang berkembang dileher dan tekak termasuklah:
    • Kanser Nasopharynx (bahagian atas tekak)
    • Kanser Oropharynx (bahagian tengah tekak)
    • Kanser Hypofarynx (bahagian bawah tekak)
  2. Kanser Laryngeal. Kanser ini terbentuk dalam Larynx, iaitu kotak suara anda.
    Anda mungkin mempunyai simptom-simptom berikut, jika anda menghidap kanser jenis ini:
    • Perubahan suara seperti serak atau garau
    • Masalah menelan atau bernafas
    • Sakit pada tekak, batuk, atau mengalami sakit telinga yang tidak akan hilang
    • Sakit kepala
    • Muncul ketulan di leher
    • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

Punca Kanser KerongkongTekak
Lelaki lebih cenderung untuk mendapat kanser kerongkong berbanding golongan wanita. Tabiat gaya hidup tertentu boleh meningkatkan risiko kanser ini, termasuklah:
• Merokok
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pemakanan yang tidak sihat
• Pendedahan kepada asbestos
• Tahap kebersihan gigi yang teruk
• Sindrom genetik
• Diet yang tidak termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran
• Penyakit refluks gastroesofagus
• Virus yang menular secara seksual iaitu human papillomavirus (HPV)

Rawatan Kanser Kerongkong Tekak
Pilihan rawatan anda adalah berdasarkan banyak faktor, seperti : lokasi, peringkat kanser kerongkong, jenis sel yang terlibat, kesihatan keseluruhan dan pilihan peribadi anda. Bincanglah terlebih dahulu dengan doktor anda mengenai manfaat dan risiko setiap rawatan. Dengan cara itu anda boleh menentukan rawatan mana yang paling sesuai bagi keadaan anda.

  1. Terapi radiasi
    Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi daripada sumber seperti x-ray dan proton untuk menyalurkan radiasi ke sel-sel kanser, justeru itu mematikannya. Terapi radiasi boleh dilakukan menggunakan mesin besar diluar badan atau dilakukan dengan benih radioaktif kecil dan wayar yang boleh diletakkan didalam tubuh yang berhampiran dengan kanser anda. Terapi radiasi adalah satu-satunya rawatan yang disyorkan bagi kanser kerongkong peringkat pertama. Manakala, bagi kanser kerongkong yang lebih lanjut, terapi radiasi mungkin akan digabungkan dengan kemoterapi atau pembedahan. Dalam prosedur kanser tekak yang sangat parah pula, terapi radiasi hanya akan digunakan untuk mengurangkan simptom dan menjadikan keadaan anda lebih selesa.
  2. Pembedahan
    Pembedahan untuk kanser kerongkong peringkat awal yang terletak dipermukaan tekak atau kord vokal boleh dirawat menggunakan pembedahan endoskopi. Doktor akan memasukkan endoskop berongga ke dalam tekak atau kotak suara anda dan kemudian memasukkan alat pembedahan khas atau laser melalui skop tersebut. Doktor akan menggunakan alat ini untuk mengikis, memotong atau menggunakan laser untuk mencairkan sel kanser yang ringan. Untuk tumor yang lebih besar dan lebih luas, doktor mungkin perlu mengeluarkan seluruh kotak suara anda untuk membuang kanser nodus limfa. Sekiranya kanser tekak telah merebak jauh di dalam leher, doktor mungkin akan mengesyorkan anda menjalani pembedahan untuk mengeluarkan beberapa atau semua kelenjar nodus limfa bagi melihat jika ia mengandungi sel-sel kanser. Bergantung pada prosedur pembedahan yang anda alami, ia boleh membawa kepada risiko pendarahan dan jangkitan. Selain itu, komplikasi lain yang mungkin berlaku adalah seperti kesukaran bernafas, bercakap atau menelan.
  3. Kemoterapi
    Kemoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel-sel kanser. Jenis rawatan ini sering digunakan bersama dengan terapi radiasi. Ubat kemoterapi tertentu menjadikan sel-sel kanser lebih sensitif terhadap terapi radiasi. Namun begitu, gabungan kemoterapi dan terapi radiasi boleh meningkatkan kesan sampingan kedua-dua rawatan ini. Bincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu mengenai kesan sampingan yang mungkin anda alami dan sama ada rawatan gabungan akan menawarkan faedah yang lebih baik atau tidak.
  4. Terapi Ubat Sasaran
    Ubat sasaran merawat berfungsi dengan cara mengeksploitasi kecacatan yang ada pada sel-sel kanser yang menjana pertumbuhan sel tersebut. salah satu ubat sasaran kenser kerongkong adalah ubat cetuximab berfungsi untuk menghentikan tindakan protein yang terdapat didalam pelbagai jenis sel yang sihat, tetapi lebih banyak dalam beberapa jenis sel kanser kerongkong. Pelbagai ubat-ubat sasaran lain boleh didapati dan banyak lagi sedang dikaji dalam ujian klinikal. Ubat sasaran boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan dengan kemoterapi atau terapi radiasi
  5. Ubat Herba ( Keladi Tikus )
    Tanaman herba yang paling disyorkan oleh pakar kesihatan adalah keladi tikus. Hasil penelitian Universiti Sains Malaysia (USM) berkaitan kemampuan keladi tikus melawan sel kanser bertarikh 2/6/2008 telah diterbitkan, yang ditulis semula, dengan izin: ” Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23..” dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok typhonium telah mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi kanser untuk berkembang. Pengguna dinasihatkan supaya mengenali herbatyphonium dengan lebih terperinci sebelum menggunakannya, ini kerana, dikhuatiri jika tersalah pilih, akan mendapatkan keladi yang beracun, ini kerana pokok herba typhonium yang tumbuh di Malaysia ini mempunyai lebih dari 60 jenis keladi lagi yang telah berjaya direkodkan dari cross species yang hampir sama yang tumbuh meliar di Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Thailand, New Guinea dan pada beberapa buah negara lagi, oleh itu, pengalaman serta penelitian adalah sangat penting bagi memastikan ianya adalah datang dari spesis Araceae yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan.

Fungsi Penggunaan Herba Keladi Tikus

Bagi Merawat Pelbagai Jenis Kanser

Kanser Kerongkong Tahap 4 Boleh Sembuh Dengan Keladi Tikus

Kanser Kerongkong Tahap 4 Boleh Sembuh Dengan Keladi Tikus

Ini berikutan dengan hasil daripada tindak balas Ribosome inactivating proteins yang merupakan sejenis mekanisma pertahanan semulajadi keladi tikus yang turut berfungsi sebagai pemusnah utama sel kanser – terutamanya tumor, dan proses ini akan mewujudkan sejenis tindakbalas toksin yang dikenali dengan nama Immunotoxin, sejenis pecahan protin toksin yang mampu menurunkan kadar keaktifan sesebuah sel kanser, membantut perkembangan, merencatkan pertumbuhan dari dalam sehingga sel tersebut mati, Immunotoxins mampu menembusi tumor secara cepat walaupun kemasukkan kedalam tumor yang berbentuk pepejal (entry into tumor cell) oleh benda asing adalah terhad, kajian serta siri kejayaan penyembuhan ini telah dibuat dan direkodkan oleh National Cancer Institute (rujukan pada bahagian Summary and Conclusions, m/s 11).


Walau bagaimanapun, kesannya pada pesakit kanser adalah berbeza kerana masa yang diperlukan untuk mendapatkan kesannya adalah sekitar 6 hingga ke 12 bulan, malah ada yang memerlukan masa sehingga 2 tahun, ini bergantung kepada tahap sesuatu kanser yang ada pada seseorang. Namun kesannya amat memberangsangkan dan boleh dilihat selepas 10 bulan penggunaan. Jika kanser itu sudah mencapai tahap metastasis, iaitu tahap 3 keatas dan sudah mempunyai keupayaan untuk merebak ke tempat lain, maka masa yang diperlukan adalah lebih berbanding dengan kanser yang masih baru terbentuk iaitu tahap 1 atau 2.

Anda tidak perlu bimbang untuk menjalani rawatan jenis apapun, kerana sebelum menjalani sebarang rawatan, doktor akan membincangkan kesan sampingan dan kesesuaian setiap rawatan yang tersedia bersama anda terlebih dahulu. Kesan sampingan daripada rawatan memang ada, tetapi ramai pesakit yang menerima rawatan mampu mengatasi kasan sampingan tersebut. Jika mereka boleh, kenapa anda tidak?

Kanser kerongkong/ farink melibatkan saluran pemakanan. Pesakit mengadu ada benda didalam tekak, sukar menelan, muntah darah atau bengkak pada leher. Jika anda datang pada peringkat awal, besar kemungkinan penyakit kanser anda dapat disembuhkan. Jika anda datang lewat, gabungan daripada rawatan diatas adalah yang terbaik. Semoga berfaedah untuk anda dan keluarga. Sekian dari saya, Terimakasih

Bagikan ke

Kanser Kerongkong

Komentar

Saat ini belum tersedia komentar.

Mohon maaf, form komentar dinonaktifkan pada halaman/artikel ini.
error: Content is protected !!